nuffnang

Monday, August 16, 2010

peyundal jiwa

berkaca jernih mata ini melihat situa dunia fana ini,
melakonkan sinetro yang lapok tetapi sering ditayangkan umum,
kisahku yang dulu hampa kononnya kerana penjaring siksa hidup,
rupanya dicelah kehinaanku itu masih ada lagi personat lorat.

jasad ini,
ingin saja aku tikam...mencarik-carik daging sialan rupa,
dosa-dosa bahu kiri pasti sudah mencecah lantai,
aku ingin berubah...ya Tuhan itu maha segala,
tetapi jiwaku sering melanda kesudahan lara.

jangan kau risau...sebelah sana lagi ramai yang sundal,
kau lihat cermin...masih lagi kau lihat rupa si manusia yang sempurna,
Allah itu sempurna sifatnya...ciptaannya sempurna,
penuh dengan kasihnya, penuh dengan ilmunya,
tapi atas kita untuk terima semua itu.

ya~~mungkin aku gusar akan kenikmatan dunia yang tak sudah tragis,
mungkin kerana sungguh ramai pendusta sebenarnya disekelilingku,
menghiasi warna dunia kononnya itu pengharap akhir nanti,
tapi sebenarnya masih lagi kosong....aku harapkan sedar nanti,
sedarnya diri untuk merasakan kehebatan ciptaanNya,
bersama ku berdiri melihat kesempurnaannya,
peganglah tanganku kita hapuskan riuh sundal ini.

No comments:

Post a Comment