nuffnang

Saturday, October 22, 2011

Fenomena

Hey, (^^) selamat pagi.

Susah untuk aku menjelaskan, boleh gusar mindaku.
10 jam itu kurasa bagaikan 10 tahun,
teriakku bagaikan 10 tangisan lelaki,
dengan seikhlas jiwaku perjelaskan.

Aku ambil baju merah ini untuk cenderahatiku,
sebelum aku pergi, aku mengusap telingamu,
masih sempat lagi untukku menghidu wangian rambutmu,
lantas termenung aku ke arah siling.

Kemudian cahaya menyelinap dari pintumu, membuatkan aku bergegas keluar dari perangkap hati.

Aku hanya pencinta bukannya adiwira,
jadi aku tidak melawan, walaupun aku sebenarnya jatuh hati dengan kau,
tidak kisahlah walaupun kita berkhayal tika berasmara,
tapi aku tahu bukan sekadar mainan dalam hati ini.

Aku tidak empunya kamu, dan engkau tidak empunya aku,
hanya satu malam sahaja, dan alangkah bagus kalau ia sememangnya HANYA,
benar aku boleh mendapatkan kau, tapi aku takut saat magis ini nanti pasti hilang.

Percayalah sememangnya aku mahu tunggu,
tetapi kakiku dan fizikku berlangkah pergi.

Masih lagi terngiang di dalam mindaku,
dengan engkau berpakaian berbaju merah,
hampir semua sekeliling menjadi bayang-bayang,
kerana engkau dominasi optik visualku.

Sekuat hatiku berteriak mahukan aku mengembalikan waktu itu,
dan sememangnya waktu ia berlalu pantas agar kita tidak dibelenggu dengan waktu lepas,
aku tidak tahu mengapa perlu ia datang dan pergi.

Tika aku cuba mengenali kau, aku bahagia engkau ketawa,
kerana bibirku agak sukar berbicara tentang bahagia,
dengan hanya ciuman dibibir aku tahu engkau mengerti.

Tidak mungkin malam tadi hanya mimpi,
kerana setiap sentuhan mu aku dapat rasakan hingga menusuk ke hati,
dan tika sedarku, aku merasakan setiap hembusan nafasmu dihadapan ku.

Dan hanya cuma satu hari memori indah itu, patutkah aku mempercayainya?
dan tiba waktu aku sedar nanti dan sememangnya jika ia benar, cuma hanya dengan satu hari itu,
tidak mungkin aku lepaskan engkau seorang diri.



No comments:

Post a Comment