nuffnang

Friday, October 4, 2013

tari

Malam ini aku selimutkan diriku dengan awan-awan mimpi,
Dengan sekuat hati menelusi dogma abstrak jiwaku,
Sukar hendak melakukan sesuatu jika bukan bersamamu,
Keranaku tahu, aku kosong tanpa kau.

Jika engkau mula menerima kekalahan,
Aku akan pasti memberi lebih dari yang kau mahu,
Kupapah bahumu jika kau jatuh, Ku dukung tubuhmu jika gugur,
Janganlah risau jika selalunya kau berada disisiku, Kali ini aku ada dibelakangmu,
Melindungi dirimu dari segala kepayahan.

Janganlah susah hati,
setiap langkahmu, aku sentiasa ada seperti bayangmu.
Janganlah takut,
Aku masih ada nafas untukmu.







No comments:

Post a Comment