Ya, Aku egois,
Ingin terus
aku kikiskan fitur durjanaku ini,
Tetapi bagaimana?
Berubah seolah-olah
tunduk kepuraan,
Tidak akan
kekal sifat tu.
Berikanlah
aku masa,
Untuk aku
memperhalusi idiosinkrasiku ini.
Bukan mudah
untuk kau takluki jiwa ini,
Kau hanya
manusia yang bole mati jika ku tikam,
Sebagaimana
kau akan menikam kelak,
Hanya Allah
jiwaku serahkan,
Bukan padamu
yang berpura keagungan.
Berikanlah aku
masa,
Seolah masa
itu sindiran untuk binasa diriku.
Ya,
sememangnya aku egois,
Bukan kerana
untuk aku menang,
Tetapi untuk
aku melindungi harta nurani.