nuffnang

Tuesday, December 22, 2015

Waktu tenang




Ya, Aku egois,

Ingin terus aku kikiskan fitur durjanaku ini,

Tetapi bagaimana?

Berubah seolah-olah tunduk kepuraan,

Tidak akan kekal sifat tu.



Berikanlah aku masa,

Untuk aku memperhalusi idiosinkrasiku ini.



Bukan mudah untuk kau takluki jiwa ini,

Kau hanya manusia yang bole mati jika ku tikam,

Sebagaimana kau akan menikam kelak,

Hanya Allah jiwaku serahkan,

Bukan padamu yang berpura keagungan.



Berikanlah aku masa,

Seolah masa itu sindiran untuk binasa diriku.


Ya, sememangnya aku egois,

Bukan kerana untuk aku menang,


Tetapi untuk aku melindungi harta nurani.

No comments:

Post a Comment