nuffnang

Monday, January 19, 2009

lari dari bahagia

diri,
tiada lagi refleksi nurani,
terangi lara...bebaskan gari,
terlalu diikat...terlalu disuluh,
mahukan bahagia, tapi bukan kerana kehendakmu.

dia,
terhasil klimaks yang bisa meloloskan minda,
gerak geri acuan mukamu...hampir menengelamkanku,
lirikan mata mu...layu merendahkan ego diriku,
untuk berhenti....untuk hentikan,
mahukan bahagia, tapi bukan dengan caramu.

LARI

LARI

LARI

bukan kerana takut,
cuma hipokrasi bukan di dalam jiwaku,
bukan kerana sangsi,
cuma aku mahukan bahagia yang lebih dalam,
aku mahukan Illahi bebas suari lelangit indah,

LARI

LARI

LARI

hanya kamu yang tahu,
hanya kamu yang mengerti,
kerana kamu sebahagianku.

Monday, January 12, 2009

korupsi imunisasi

"panas....panas.....panasssssss!" keluh aku menahan seksaan haba,

tak sangka pula aku kerana ia boleh melumpuhkan pemikiranku, melenyapkan nafsuku, meransang amarahku, sungguh luarbiasa kejadian ini. setiap pergerakan yang bergerak akan menusuk setiap ketulan daging dalam badan. PANAS ..... memang panas, sehingga aku tidak mampu untuk memahami setiap percakapan antara invidu lain, aku rasakan rimas kadang-kadang.

tapi setelah aku berfikir dan berperasaan tenang. aku tau ini semua permainan dalaman, yang bakal mengkorupkan psikologiku, apa perlu aku buat adalah bertenang, ingatkan DIA, pandang ke hadapan, lihatlah sekeliling .... indah .... memang indah, sakit pun terasa juga kadang-kadang.

sebelum malam datang, aku berimaginasi tentang sakitan ku ini, mungkin kamu juga pernah melakukannya. setiap ruang-ruang buluh darahku penuh dengan korupsi, pasukan imunisasi badan hampir lumpuh kerana serangan korup, terfikir pula aku mungkin imunisasi membuat panggilan ke atas diri ku untuk hantar kan bantuan seperti paracetemol, dextromethorphan, dan juga pseudoephederine. bantuan-bantuan inilah yang dapat menentang korupsi itu.

ada juga kelakar ku berfikir mungkin ada setengah-setengah imunisasi bertalam dua muka, membenar penetrasi untuk korupsi.

"HAHAHAHA" senyumku.

mungkin juga.......

setelah aku mengambil para,dex dan pseudo tadi terus aku lena, tenggelam dengan imaginasi ku, insyaAllah setiap seksaan itu adalah hukuman pengampunan ke atas ku.

Syukur.
jazakallahu kairan kathira.