nuffnang

Tuesday, March 17, 2009

b....b....b

sentiasa dalam hati ku ini...bimbang pasal kamu, 
takut nanti jatuh pula ke arah lain,
susah peritnya perasaan kita masih tiada yang melihat,merasa jarang sekali,
jarang untuk aku berkisah tentang kamu tetapi malam ini lain kurnianya.

aku hembuskan nafas, helakan ke arah mu,
untuk memberi kamu kehidupan, buat kamu senyum buat kamu riang,
susah hidup ku tiada pernah sesak udara dalam dada,
sentiasa ada wujud dalam hatiku ini, terangi setiap sudut prisma,
mewarna ekawarna hitam ku.

sentiasa berwarna, sentiasa berubah tiada yang boleh buat aku bosan,
indahnya biar aku yang rasa, cantiknya biar aku yang lihat,
kerana kamu tidak pernah ku bertukar ganti,
patah satu rapuh semuanya tiada yang tumbuh baru,
aku bukan seperti pokok-pokok yang memberi semua keselesaan kepada orang ramai,
ciptaku untuk kamu, cipta mu untuk aku.

sayang...berlinang mataku dengan titisan gembira, melihat kamu sehidup denganku,
membiarkan kamu bermain riang denganku,
buat aku tersenyum buat engkau tersenyum.
rindu ku sayang ku cintaku hanya untuk kamu merasa, hanya untuk kamu hidup.

gembira dengan ku , gembira bahagia setia bersamamu selamanya.