nuffnang

Thursday, January 27, 2011

Kerat-rentas

Kau persembahkan tampak,

Menghalusi setiap garis-garis prota,

Kenapa kau dengar sahaja permintaan songsang mereka,

Adakah kau tidak kisah ego kita dicarik-carik di rentap menjadi sampah,

Sepanjang bulan aku melirik picisan - picisan kerana kehendak kau menyeksa aku.



Kau lihat kepunahan sekitar mu disebabkan nafsumu yang egois,

KIta berkumpulan bukannya sepi sendiri,

KIta rumah bukannya hanya tangga sahaja,

Hampir semua patah jiwa,

Hampir semua menjadi dungu.



Biarku kerat setiapnya menjadi sempurna,

Biarku rentasi sepanjang keratan itu menjadi sakti.