nuffnang

Wednesday, April 29, 2009

dua


bunga ros yang makin layu itu menunjukkan kematangan kita bersama,
xpernah untuk merasa khianat antara satu sama lain,
setiap kali bersuara merdumu itu pasti buat ku tersenyum,
pada malam sempurna ini pasti tiada yang syahdu selain darimu.

setiap detik debaran hati begitu kuat setiap kali mata kita bertentangan,
sememangnya dari dulu lagi aku jatuh cinta kerana kewanitaanmu,

tiba waktunya untuk kita berpisah kerana terpaksa akur dengan setiap lakaran hidup,
bukan untuk megubah haluannya, bukan untuk bertukar perspektifnya,
tetapi untuk seketika agar kita mengecapi rindu bersama.

dan satu hari nanti pasti ku terpegun mempersona,
kerana bertemumu dengan cincin ku sarung dijarimu, 
agar harapan ini dan mengharap agar kau tahu tiada siapa setandingmu sayang.

dua hati untuk mu, untuk kita, 
pastinya dua hati ini nanti untuk anak kita. 

i love u sayang ^_^

Monday, April 20, 2009

concentric


pisahkan sasarmu dengan bulan,
dan biarkanlah  serigala menyalak ke arahnya,
cairkan lah gembiramu bersama sudunya,
dan hisaplah bergaya dengan racun tinggimu,
dengan kesengsaraan.

tutupkan lah pintumu ke arah bulan,
biarkan burung-burung menyanyi  riang,
tiada masa untuk melayan kerenah hina,
biarkan lah jiwanya sesat, dan sengsara
dari ruhaniah dirinya.

sengsara yang perlahan, menyakitkan.
kemudian pisahkan kita dan biarkan kita tertumus ke bumi,
tersenguk hina, melihat garisan khatulis menyinar hari, terlungkup di muka bumi lagi.

bila kamu memutarkannya lagi, kawan ku pula terjerumus,
aku mahu tinggalkan tapi tak berdaya, tertungkup di muka bumi lagi.
kamu juga yang sesat mencari nur, jatuh terhempas sakit di muka bumi.
akan ku cuba memecahkan ruangan kufur mu, kufur ku, akan ku cuba. tetapi perlulah
melakukan dengan satu, perlahan, dua, perlahan, tiga, perlahan, empat, perlahan
hingga habis.

pisahkan sasarmu dengan bulan,
dan biarkanlah  serigala menyalak ke arahnya,