pisahkan sasarmu dengan bulan,
dan biarkanlah serigala menyalak ke arahnya,
cairkan lah gembiramu bersama sudunya,
dan hisaplah bergaya dengan racun tinggimu,
dengan kesengsaraan.
tutupkan lah pintumu ke arah bulan,
biarkan burung-burung menyanyi riang,
tiada masa untuk melayan kerenah hina,
biarkan lah jiwanya sesat, dan sengsara
dari ruhaniah dirinya.
sengsara yang perlahan, menyakitkan.
kemudian pisahkan kita dan biarkan kita tertumus ke bumi,
tersenguk hina, melihat garisan khatulis menyinar hari, terlungkup di muka bumi lagi.
bila kamu memutarkannya lagi, kawan ku pula terjerumus,
aku mahu tinggalkan tapi tak berdaya, tertungkup di muka bumi lagi.
kamu juga yang sesat mencari nur, jatuh terhempas sakit di muka bumi.
akan ku cuba memecahkan ruangan kufur mu, kufur ku, akan ku cuba. tetapi perlulah
melakukan dengan satu, perlahan, dua, perlahan, tiga, perlahan, empat, perlahan
hingga habis.
pisahkan sasarmu dengan bulan,
dan biarkanlah serigala menyalak ke arahnya,
No comments:
Post a Comment