didatangi kabus petang,
dihirup rasa segar dan melodramatiknya bersulam rasa cinta,
cinta yang agung terhadap Illahi,
tak sama seperti realiti, ianya halus dan nyaman.
dihiasi lelangit dengan "lepas terang"(afterglow),
meyelinap sesuatu yang yang luar dari sphera,
ianya hasil dari syurga, kerja Allah, seninya halus,
membolosi ruangan iman yang kosong ini.
terdengar pula laungan mengagungi kebesaran ilahi,
terindahnya lukisan kerohanian, membuai jiwa malangku,
tersisir diruangan kosong,
bergema didalam dan luar batinku,
taksubnya keindahan dunia ini,
terlihat optikal fenomena mistik ini,
tiada didefinisikan, masih belum ada yang boleh berbual tentangnya,
hanya dengan theory sahaja masih lagi tiada fakta yang berdiri kukuh,
biasan cahaya terhadap sesuatu atmosfera boleh berlaku,
terlalu banyak termalogi untuknya bagiku ianya senja fata morgana indahku,
untuk kuburkan kekusutan, untuk ku untuk mu,
sub'hanAllah indahnya kau.
Kasi lap itu habuk
9 years ago
No comments:
Post a Comment