nuffnang

Saturday, January 14, 2012

awak

Awak,

Dalam duka itu pastinya parah luka yang saya hiriskan,

Bukan niat saya melukai hati awak,

Saya tahu sudah terlambat,

Saya tahu dah jauh hilang rasa sayang itu,

Kalau awak beri saya peluang kejar ,

Takkan saya berhenti.

Awak,

Memang sedih kalau kita jauh,

Mungkin hanya saya,

Tapi itu tidak mengapa,

Kalaulah benar cinta kita berderai,

Mohon maaf saya sejujurnya,

Mohon maaf kerana saya lepaskan,

Benarkanlah saya perbaiki semula,

Setiap cebis itu saya kutip satu per satu,

Saya cantumkan dan belai dengan lebih penuh kasih.

Awak,

Maafkan saya,

Maafkan saya,

Sukar saya hidup tidak ada awak,

Saya jadi kosong tanpa awak.

Tuesday, January 3, 2012

Carpe Diem

Menyusur cahaya berlari menerangi denai-denai gelap,

Mengharapkan keindahan di hujung cerita,

Sukar dipisahkan antara tangis dan tawa,

Lirik-lirik senyum yang melakar muka hipokrit,

Mungkin ikhlas kenyataan hati tetapi selalunya dimulakan dengan dusta.

Setiap keinginan diselubungi dengan ketamakan,

Setiap pilihan selalunya ketidak relaan hati menerima,

Usah biarkan hati kita meleleh akan kenikmatan palsu,

Bangkit dan lihat,

Hunuskan senjatamu tepat ke arah hati hitam musuh,

Biaskan keikhlasan yang tulus dan telus,

Hapuskan mereka dengan cahaya,

Lenyapkan kuasa gelap,

Terangkanlah mereka,

Terangkanlah kita,

Bukan setiap hari kita nikmat kemenangan,

Genggamlah peluang,

Biar mati tika mencuba,

Jangan mati kerana kehampaan.


zulhadry"bouyourt"zolkafli