nuffnang

Tuesday, January 3, 2012

Carpe Diem

Menyusur cahaya berlari menerangi denai-denai gelap,

Mengharapkan keindahan di hujung cerita,

Sukar dipisahkan antara tangis dan tawa,

Lirik-lirik senyum yang melakar muka hipokrit,

Mungkin ikhlas kenyataan hati tetapi selalunya dimulakan dengan dusta.

Setiap keinginan diselubungi dengan ketamakan,

Setiap pilihan selalunya ketidak relaan hati menerima,

Usah biarkan hati kita meleleh akan kenikmatan palsu,

Bangkit dan lihat,

Hunuskan senjatamu tepat ke arah hati hitam musuh,

Biaskan keikhlasan yang tulus dan telus,

Hapuskan mereka dengan cahaya,

Lenyapkan kuasa gelap,

Terangkanlah mereka,

Terangkanlah kita,

Bukan setiap hari kita nikmat kemenangan,

Genggamlah peluang,

Biar mati tika mencuba,

Jangan mati kerana kehampaan.


zulhadry"bouyourt"zolkafli

No comments:

Post a Comment