"Assalamuailaikum kak." Siapa 'kak' ini?
Tiada siapa pun kenal, bukan senang hendak kita bergaul dengan orang yang tidak dikenali. Tapi aku sengaja sapa untuk lihat reaksi makcik tua ini supaya dia terasa muda dan bertenaga sedikit untuk hari ini.
"Waalaikumusalam, kamu ni dari mana?".
Mula la dialog berkenalan sedikit-sedikit sehingga makananku, nasi lemak sotong beserta telur goreng tiba di meja.
Tiba-tiba si makcik tua ini bagaikan mendapat perasaan baru menegur sekeluarga bangsa cina di sebelah. Sambil menangguk-anggukkan kepalanya dan senyum kemudia berkata padaku.
"Tak sangkakan, rupanya yang datang sini semua bukan dari kampung akak ni. Kamu ni bujang lagi ke siap berjalan dari kolumpur ke melaka ni."
"Takdelah kak, saya dh berkahwin, kebetulan isteri ke thailand dan anak saya dirumah pengasuh. Saya ambil kesempatan nk lihat kampung akak ni. Tak pernah saya ke sini". Ujarku.
Siapa sangka dikeliling kita ini ada pelbagai drama-drama yang kita tidak pernah ambil peduli,
Drama - drama ini lebih tulen dari yang ada di kaca televisyen kita.
Mengapa kita perlu rasa takut untuk berbuat demikian? Mengenali kepada sesuatu yang bukan dari ruang cincin persahabatan kita.
Facebook? Tweeter? Apa semua sudah lupa yang dahulunya kita pakai surat layang untuk mengenali gadis-gadis disekolah.
Poke? Bukankah kita selalu mencucuk-cucuk bahu-bahu yang tidak pernah kita rapat.
Indahnya dunia yang tulus ini.
Bebas dari jari jemari onar.
Berkata-kata dusta lebih dari pembunuh-pembunuh kejam.
Zulhadry Zolkafli 15hb september 2014
Kasi lap itu habuk
9 years ago