Tuesday, December 30, 2008
gugusan hati rendah
Tuesday, December 23, 2008
senimelodius magis
Dunia Makin Maju
lakaran riak terserlah dimuka makcik nasi murah, membuat aku tersenyum gelihati, melihat dunia semasa bergerak pantas, aku mencuri masa itu untuk meditasi, tak pula menyangkakan bahawa kadang-kadang dunia ini amat melucukan, 2 hari berturut turut aku ke kedai makcik nasi murah, menyelam perasaan orang-orang biasa, mengapa perlu aku untuk menjadi luarbiasa sedangkan mereka lebih berkuasa dari luarbiasa, baru 2 hari aku ke sana, makcik nasi murah tahu akan minda dan jiwaku sedang bingung, mungkin kerana kecewa yang aku dihentikan itu pengaruh....tapi luaran ku tidakla pula merasakannya, lagipun memang niat ku masa itu bukan untuk diriku tetapi untuk orang lain. tak sangka makcik nasi murah bertanya padaku,
“dunia makin maju”
“kenapa?” balasku.
dia hanya senyum kepadaku, aku terus berfikir mengapa begitu, tidak jauh dari mejaku, terlihat kanak-kanak kecil yang mahu menjadi luarbiasa tetapi hakikatnya itu hanyala biasa sahaja, tidak mampu menukarkan dunia yang besar ini. dulu aku yakin untuk melawan putaran orbit satellite dunia, tapi sudah terjawab semuanya, …. SUKAR…..
pernah juga aku melayan lagu MAlique dan TUN, “LAYU” …… hampir seminggu juga aku begitu … dahsyat juga keadaan ini, mataku bergerak ke kiri ke kanan, badan ku hanya kaku, terima kasih juga kepada sahabat ku FAhrul dan FAirul, mereka benar-benar membuat aku terfikir. buah hati ku pula DIlla menyokongku umpama menonton man. utd vs ac milan waktu dulu, dia mampu buat ku senyum bila duka, dia mampu buat ku gegas tika malas.
berbalik pula pada makcik nasi murah, dia memahami setiap kehendakku, dari jenis makanan ku, minuman ku, hinggala ke basuh tangan ku. setiap kali dia pandang terkenang aku tentang arwah madame, aku sayang kan madame, sayang waktu aku gelumang penuh dengan dosa....terlampau muda untuk dunia makin maju ini. kalaula dulu aku berfikiran macam ini pasti madame senang dengan aku. pernah suatu tika dulu waktu madame sampuk menungku.
“hadry! nah $50 ini pergila buat beli rokok”
aku diam, selama ini tak pernah kisah pun ibubapa ku tentang perihal akumenghisap rokok dan sebagainya, tetapi dia peka tentang aku, waktu itu aku mundur, tetapi madame sudah pun maju, mengalir juga air mata menulis luahan ini. bukan sebab apa, sebab madame tiada di dunia fana ini. KINI mungkin benarlah kata madame dan perihatin dia, aku mesti peka. tak sangka juga sahabat kelas ku dahulu MAD dia torture aku dengan ceramah-ceramah yang hebat walaupun 5 minit. tetapi jiwa ku tersentuh, terima kasih mad.
di sini hanyala satu permulaan…..
chenta merdu sinarmu
bagai sinar menerangi kalam malam, bau bauan yang indah pada subuh guluhmu, aku tertanya2 adakah ini dikatakan nikmat hidup setelah mati seketika kalam semalam,
indah memang indah …. takut tinggalkan dunia kerana tiada pegangan yang kukuh… habis kenapa tidak mencari pegangan itu…itu semua soalan yang agak mencabar jiwa dan minda yang bercelaru akan kenikmatan didunia … memang benar kataNya … kiri dia adalah syurgaKU kanannya adalah nerakaKU..
lalu ku berdiam termenung sendiri melihat langit yang luas ungu warna violet rasanya … bukan kerana itu biru warna blue rasanya …. sesekali imagi bertukar ganti tika itu … kesedaran mahu muncul tapi hati hitam menyukarkan ia melolos keluar …
adakah salah ku meninggalkan mu … adakah kerana merdu suara bidadari membuat ku terpaku dan menlenyapkan sinar matamu … bukan kerana merdu ku tinggalkan mu tapi sinar mu yang memaksa ku tinggalkan semuanya …
moga kau sentiasa dicucuri rahmat …. ampunkan cucumu yang hina ini moga dirimu rohmu sentiasa ditempat kan di kalangan org2 beriman …..
~amin~
kenangan ku bersamamu "nek" madame(27may2002) tidak pernah luntur …
aku saykamu ang kan
indah berbicara tentang kata
refleksi kaca lunar
sekali sekala hidup hadapan kita ini benar2 menjengkelkan, setengah daripadanya hanyalah kata dusta untuk benar2 kita melarikan diri dari realiti pentas dunia ini. aku kadang2 terfikir adakah benar ini semua sedang berlaku?? adakah benar setiap pilihan aku ini bakal mengubah aliran waktu hadapan ku, setiap perubahan yang berlaku ke atas kita adalah pengaruh kita sendiri jika tidak pastinya kehidupan yang lain sebenarnya akan berlaku pada kita. aku termenung tegak dihadapan cermin melihat refleksi dari kaca depan ku ini kadang2 ilusi didepan itu bergerak akan sendirinya secara tidak kita perasan ia terjadi. jadi renungan ku telah membawaku ke alam yg luas tanpa sempadanya dengan hasil-hasilan penulisan lirik lagu yang masih lagi terngiang2 di kepala, aku perlahan2 ingin meresap ianya tetapi tidak … ia hanyalah kaca yang memberi ilusi keindahan residensi mimpi agar aku melupakan realiti ini. selarian lunar, solar, dan satellite memberi impak kepada setiap identiti yg bernafas dimuka bumi ini. pasti ada yang keliru, kerana hidup kita juga dipengaruhi dengan kuasa ilahi melalui cosmo. hampir kesemuanya aku mengkaji dan memanglah sahnya kejiwaan dan kerohanian itu hampir telus dengan semestaraya kita ini. melankoli nya hidup ku yang terikat dengan refleksi kuasa lunar ini kadang2 ingin mengulangi masa lampau ku .. ingin saja aku menarik setiap gerakan lidah aku dengan kata2 nista. ingin saja aku merampas setiap gerak geri lumpuh ku dulu supaya memperoleh kehidupan yang lebih tulus. tapi itu semuanya hanya harapan pada lampau yang tidak mungkin untuk berpatah balik. dosa dahulu itu menjadi suluhan untuk masa mendatang. hentikanlah ia kerana DIA maha esa … Allah Huakkbar .. ~amin~
darah chenta
journal chenta halimunan
bicara cartha magis
melorek karya budi bahasa ku,
sudah abis keringat aku mengilhamkan kelaraan ini,
terlalu banyak imagi-imagi yang pudar dalam kekalutan,
misteri ini hanya mampu menerangi jalan-jalan pudar kita,
dan tiada satu pun yang terpahat di otakku untuk memahami, merangkuli kesemuanya,
tiba-tiba tangan mu menghulur keindahan fana itu kepadaku,
dan jika bibirmu ingin perkatakan sesuatu, penjelasan kabur itu padaku,
lebih indah kau perkatakan ia kepadaku sekarang.
jikalah ini yang dikau nantikan,
dan peluang kau untuk menang itu tiba-tiba muncul,
wadah berbicara tentang ini dan bayangan ku pula jatuh di belakang ku,
aku juga nanti bisa memperoleh kemenangan itu jua.
kerana TUHAN itu seadilnya dan saksama dan aku mendengar hirisan petunjukNYA,
membuat diriku, jiwaku, hatiku, mindaku, jasad, dan ruhaniku semakin dekat denganNya … tiada siapa menyangkakan ini!
jikalah masih ada sesuatu yang mahu dikau berbicara… berbicaralah dengan ku sekarang … kerana pasti nanti suatu hari itu berlalu tanpa erti .. dan penyesalan itu adalah tanggungjawab yang tiada jawapannya.