lakaran riak terserlah dimuka makcik nasi murah, membuat aku tersenyum gelihati, melihat dunia semasa bergerak pantas, aku mencuri masa itu untuk meditasi, tak pula menyangkakan bahawa kadang-kadang dunia ini amat melucukan, 2 hari berturut turut aku ke kedai makcik nasi murah, menyelam perasaan orang-orang biasa, mengapa perlu aku untuk menjadi luarbiasa sedangkan mereka lebih berkuasa dari luarbiasa, baru 2 hari aku ke sana, makcik nasi murah tahu akan minda dan jiwaku sedang bingung, mungkin kerana kecewa yang aku dihentikan itu pengaruh....tapi luaran ku tidakla pula merasakannya, lagipun memang niat ku masa itu bukan untuk diriku tetapi untuk orang lain. tak sangka makcik nasi murah bertanya padaku,
“dunia makin maju”
“kenapa?” balasku.
dia hanya senyum kepadaku, aku terus berfikir mengapa begitu, tidak jauh dari mejaku, terlihat kanak-kanak kecil yang mahu menjadi luarbiasa tetapi hakikatnya itu hanyala biasa sahaja, tidak mampu menukarkan dunia yang besar ini. dulu aku yakin untuk melawan putaran orbit satellite dunia, tapi sudah terjawab semuanya, …. SUKAR…..
pernah juga aku melayan lagu MAlique dan TUN, “LAYU” …… hampir seminggu juga aku begitu … dahsyat juga keadaan ini, mataku bergerak ke kiri ke kanan, badan ku hanya kaku, terima kasih juga kepada sahabat ku FAhrul dan FAirul, mereka benar-benar membuat aku terfikir. buah hati ku pula DIlla menyokongku umpama menonton man. utd vs ac milan waktu dulu, dia mampu buat ku senyum bila duka, dia mampu buat ku gegas tika malas.
berbalik pula pada makcik nasi murah, dia memahami setiap kehendakku, dari jenis makanan ku, minuman ku, hinggala ke basuh tangan ku. setiap kali dia pandang terkenang aku tentang arwah madame, aku sayang kan madame, sayang waktu aku gelumang penuh dengan dosa....terlampau muda untuk dunia makin maju ini. kalaula dulu aku berfikiran macam ini pasti madame senang dengan aku. pernah suatu tika dulu waktu madame sampuk menungku.
“hadry! nah $50 ini pergila buat beli rokok”
aku diam, selama ini tak pernah kisah pun ibubapa ku tentang perihal akumenghisap rokok dan sebagainya, tetapi dia peka tentang aku, waktu itu aku mundur, tetapi madame sudah pun maju, mengalir juga air mata menulis luahan ini. bukan sebab apa, sebab madame tiada di dunia fana ini. KINI mungkin benarlah kata madame dan perihatin dia, aku mesti peka. tak sangka juga sahabat kelas ku dahulu MAD dia torture aku dengan ceramah-ceramah yang hebat walaupun 5 minit. tetapi jiwa ku tersentuh, terima kasih mad.
di sini hanyala satu permulaan…..
No comments:
Post a Comment