nuffnang

Tuesday, December 23, 2008

journal chenta halimunan

setiap hari pemberian Ilahi cuba ku adaptasikan dengan ruangan yang ada, dalam jiwa, dalam minda kesemuanya aku cuba olahkan tetapi tidak siapa yang tahu. habis semua keringat ku untuk memberi rasa chenta terhadap itu ini, tapi masih lagi tiada siapa yang! mengapa perlu aku menunggu yang lain memberi hindirannya, mengapa pula harus aku mengikutinya, mengapa pula perlu aku untuk mengetahuinya? sedangkan dia bukan mahu kesemuanya ini. redha ; harungi setiap detik dalam hidup ini, harungi setiap punahan harapan yang mendatang akan aku harungi ini semua … aku lakukan bukan kerna untuk dia tahu … kerana mengetahui senang dilupakan .. aku mahu dia sedar … aku mahu dia juga merasai apa yang aku rasai … jadi aku perlu juga seperti dia, pemikirannya , perasaannya .. mesti aku menerapi dia …. kerana chenta itu luas nikmatnya … yang selalu di hadapan kita adalah eksploitasi manusia untuk perburukkan keelokan merdu harmoninya chenta … yang mereka mahu adalah ketamakan menguasai semua … tetapi tidak aku . aku mahukan keindahan ….. keindahan yang selalunya hanya imaginasi dapat menjelaskan … aku pula mahu realisasikan imaginasi itu … kerana dengan itu hidup aku pastinya bahagia … pastinya tenang … kerana ciptaan Illahi itu indah seindah ciptaannya … keajaiban lumrahnya itu sesuatu yang tidak boleh untuk makhluk sehina kita buat tafsirannya …. kerana tafsiran tanpa merasainya … umpama kata2 dusta dari mereka yang bijaksana … biarlah aku bodoh … biarlah aku diperbodohkan … kerana aku lakukan ini untuk aku menghormati dia … aku lakukan ini kerana aku manusia telus dari pandangan hakiki … kerana chenta aku terlalu agung untuk dikongsi pada semuanya … hanya pada dia aku berikan …. hanya pada dia aku serahkan … jurnal ini biasa sahaja jika mahu dibandingkan dengan realitinya … jurnal ini hanya seringan zarah-zarah udara yang bergerak momentasinya bebas … jurnal ini untuk aku … untuk aku mengenali diri ku sebenarnya … tiada batas untuk dieksploitasikan tiada batas untuk dicemuh …. kerana aku telah larut didalam dirinya …

No comments:

Post a Comment