Berubah mungkin juga, tetapi tak boleh untuk dijanjikan. Kerana manusia ini kadang-kadang mudah untuk riak, mudah untuk lupa, mudah sungguh untuk toleh. Mana tahu, satu hari nanti aku pula begitu. tiada janji tetapi itulah dia. Sedar tak sedar, masa itu memakan diri sendiri, kalau kita lupa dia parah, kalau kita ingat dia tinggalkan kita. Memang...ini memang pe'elnya. Tetapi itu kerja Tuhan, sungguh dramatis, sungguh asyik magisnya, tiada siapa tahu penghujung dan permulaan.
Aku mundur sejak- dua menjak ni, tertinggal semua yang patut ada. Dahsyatnya memang menakjubkan tetapi aku hairan. Mengapa tidak dulu sahaja aku kenangkan, mengapa sekarang baruy hendak mengenak. Indahnya waktu itu....bunyinya, lagunya, tawanya, sedihnya dan seninya. Memang indah, seperti yang diperkatakan oleh aku awal tadi. kalau kita mengejar ia akan tinggalkan kita, kalau kita lupa maka parahla jadinya. Magisnya tiada, tetapi kesenian kejadian ittu ada. Tak semua boleh diajar dalam bentuk buku, penulisan, syarahan, bilik darjah....tak semudah itu.
kita perlu rasa sendiri,umpama mendengar lagu sendiri, seperti melihat bangunan yang kamu reka sendiri. itulah senimelodious magis untuk ku.....untuk kamu...kamu kene cuba merasa!
No comments:
Post a Comment