nuffnang

Tuesday, December 23, 2008

bicara cartha magis

melorek karya budi bahasa ku,

sudah abis keringat aku mengilhamkan kelaraan ini,

terlalu banyak imagi-imagi yang pudar dalam kekalutan,

misteri ini hanya mampu menerangi jalan-jalan pudar kita,

dan tiada satu pun yang terpahat di otakku untuk memahami, merangkuli kesemuanya,

tiba-tiba tangan mu menghulur keindahan fana itu kepadaku,

dan jika bibirmu ingin perkatakan sesuatu, penjelasan kabur itu padaku,

lebih indah kau perkatakan ia kepadaku sekarang.

jikalah ini yang dikau nantikan,

dan peluang kau untuk menang itu tiba-tiba muncul,

wadah berbicara tentang ini dan bayangan ku pula jatuh di belakang ku,

aku juga nanti bisa memperoleh kemenangan itu jua.

kerana TUHAN itu seadilnya dan saksama dan aku mendengar hirisan petunjukNYA,

membuat diriku, jiwaku, hatiku, mindaku, jasad, dan ruhaniku semakin dekat denganNya … tiada siapa menyangkakan ini!

jikalah masih ada sesuatu yang mahu dikau berbicara… berbicaralah dengan ku sekarang … kerana pasti nanti suatu hari itu berlalu tanpa erti .. dan penyesalan itu adalah tanggungjawab yang tiada jawapannya.


No comments:

Post a Comment