nuffnang

Tuesday, December 30, 2008

gugusan hati rendah

cantik juga aku tengok chenta aku ni. hari-hari aku ngadap dia, terasa macam kebas aku dengan segala panahan dunia....sakit...tapi sedap. tersenyum aku bila aku berkhayal dan juga maimai diulik lembutan chenta aku. terlupa pula aku pada realiti. elok saje aku dari menung, dila tegur keadaan aku.

"B, you tak fokus on me....you are always making me like stupid talking to myself!!!" marah chenta.

"uh----sorry kelakar lah i tengok bende ni, sayang sorry k!"

itu jela satu-satunya ayat aku selalu keluar bila nak pujuk chenta, bukan apa...nak mengelak dekat sangat, nak berdepan sayang pulak. susah nk baca bicara hati ni. tak semua pun tahu. sungguhpun, kadang-kadang aku ni buruk perangai tapi hatiku ikhlas untuk dia. selalu jugaklah aku gaduh-gaduh manja dengan dila, nak salah kan aku pun ye jugak nak salah kan dia pun ye jugak...biasalah darah muda, eh aku darah tua...hahahhahah, tapi kadang-kadang jadi muda ni sedap.... 

sentap jugaklah aku bila aku tengok dia kadang-kadang begitu, tapi bila aku kenangkan balik diri aku yang dulu, terus je luput gundah tu, terus je aku pujuk. 

"sayang,....sayang,.....sayang,.....its doesnt mean, im not care with all your babbling, but your beautification made me gone mad, its driving me crazy.....sayang tau kan that i love you so much"

"............................."jeling dila,

"sumpah, semua benda pun yang ada belakang i ni illusion saje, none is real, but you...something different"

"what the different?!! you tell me?!"jerkah chenta.

mungkin tak semua yang perasan, tapi aku perasan...setiap momentasi di sekeliling dia bisa buat luruh segala gantungan, bisa membuat roboh setiap sokongan, bisa buat mampus setiap hidupan. dia sungguh indah dimata aku, sungguh cantik bila di tenung, sungguh terpesona. tersentap aku bila mengingati kata sahabat-sahabat tua ku.

"kau tahu tak...dunia ni mempunyai pelbagai cerita untuk dicorakkan, dan terserah pada diri kau untuk diperindahkan, warna kan aje semua yang ada, coretkan semua luahan kau pada dunia ini" lebar kata-kata sahabat tua ku.

"pernah kau menyesal dengan cara kau warna?"sinisku

"TAK!! mana mungkin aku menyesal" terbeliak memandang aku.

senyap pula aku pada waktu itu. dahulunya petah sungguh aku kalau benda yang diperkatakan orang itu tidak logik...hanya kerana jawapannya tadi, mudah...figuranya bergaya...TAK!! ....mungkin kerana aku tidak sedar bahawa luas buatan dunia, terlupa pula kesan nya di akhir nanti.

Tuesday, December 23, 2008

senimelodius magis

Terdetiknya waktu untuk salat, dahulunya aku hiraukan. Sekarang tidak lagi, tetapi masih lagi belum sempurna. Niatku dahulunya meria-riakan suasana dunia ini penuh dengan illusi, benaknya hatiku ini untuk meluhurkan fantasi dari realiti. Tetapi itulah lumrah alam yang satu ini. Tak kesahlah siapa kau, di mana kau, pujian diri itu tidak perlulah. 
Berubah mungkin juga, tetapi tak boleh untuk dijanjikan. Kerana manusia ini kadang-kadang mudah untuk riak, mudah untuk lupa, mudah sungguh untuk toleh. Mana tahu, satu hari nanti aku pula begitu. tiada janji tetapi itulah dia. Sedar tak sedar, masa itu memakan diri sendiri, kalau kita lupa dia parah, kalau kita ingat dia tinggalkan kita. Memang...ini memang pe'elnya. Tetapi itu kerja Tuhan, sungguh dramatis, sungguh asyik magisnya, tiada siapa tahu penghujung dan permulaan.
Aku mundur sejak- dua menjak ni, tertinggal semua yang patut ada. Dahsyatnya memang menakjubkan tetapi aku hairan. Mengapa tidak dulu sahaja aku kenangkan, mengapa sekarang baruy hendak mengenak. Indahnya waktu itu....bunyinya, lagunya, tawanya, sedihnya dan seninya. Memang indah, seperti yang diperkatakan oleh aku awal tadi. kalau kita mengejar ia akan tinggalkan kita, kalau kita lupa maka parahla jadinya. Magisnya tiada, tetapi kesenian kejadian ittu ada. Tak semua boleh diajar dalam bentuk buku, penulisan, syarahan, bilik darjah....tak semudah itu. 
kita perlu rasa sendiri,umpama mendengar lagu sendiri, seperti melihat bangunan yang kamu reka sendiri. itulah senimelodious magis untuk ku.....untuk kamu...kamu kene cuba merasa! 

Dunia Makin Maju

lakaran riak terserlah dimuka makcik nasi murah, membuat aku tersenyum gelihati, melihat dunia semasa bergerak pantas, aku mencuri masa itu untuk meditasi, tak pula menyangkakan bahawa kadang-kadang dunia ini amat melucukan, 2 hari berturut turut aku ke kedai makcik nasi murah, menyelam perasaan orang-orang biasa, mengapa perlu aku untuk menjadi luarbiasa sedangkan mereka lebih berkuasa dari luarbiasa, baru 2 hari aku ke sana, makcik nasi murah tahu akan minda dan jiwaku sedang bingung, mungkin kerana kecewa yang aku dihentikan itu pengaruh....tapi luaran ku tidakla pula merasakannya, lagipun memang niat ku masa itu bukan untuk diriku tetapi untuk orang lain. tak sangka makcik nasi murah bertanya padaku,

“dunia makin maju” 

“kenapa?” balasku.

dia hanya senyum kepadaku, aku terus berfikir mengapa begitu, tidak jauh dari mejaku, terlihat kanak-kanak kecil yang mahu menjadi luarbiasa tetapi hakikatnya itu hanyala biasa sahaja, tidak mampu menukarkan dunia yang besar ini. dulu aku yakin untuk melawan putaran orbit satellite dunia, tapi sudah terjawab semuanya, …. SUKAR…..

pernah juga aku melayan lagu MAlique dan TUN, “LAYU” …… hampir seminggu juga aku begitu … dahsyat juga keadaan ini, mataku bergerak ke kiri ke kanan, badan ku hanya kaku, terima kasih juga kepada sahabat ku FAhrul dan FAirul, mereka benar-benar membuat aku terfikir. buah hati ku pula DIlla menyokongku umpama menonton man. utd vs ac milan waktu dulu, dia mampu buat ku senyum bila duka, dia mampu buat ku gegas tika malas.

berbalik pula pada makcik nasi murah, dia memahami setiap kehendakku, dari jenis makanan ku, minuman ku, hinggala ke basuh tangan ku. setiap kali dia pandang terkenang aku tentang arwah madame, aku sayang kan madame, sayang waktu aku gelumang penuh dengan dosa....terlampau  muda untuk dunia makin maju ini. kalaula dulu aku berfikiran macam ini pasti madame senang dengan aku. pernah suatu tika dulu waktu madame sampuk menungku.

“hadry! nah $50 ini pergila buat beli rokok”

aku diam, selama ini tak pernah kisah pun ibubapa ku tentang perihal akumenghisap rokok dan sebagainya, tetapi dia peka tentang aku, waktu itu aku mundur, tetapi madame sudah pun maju, mengalir juga air mata menulis luahan ini. bukan sebab apa, sebab madame tiada di dunia fana ini. KINI mungkin benarlah kata madame dan perihatin dia, aku mesti peka. tak sangka juga sahabat kelas ku dahulu MAD dia torture aku dengan ceramah-ceramah yang hebat walaupun 5 minit. tetapi jiwa ku tersentuh, terima kasih mad.

di sini hanyala satu permulaan…..

chenta merdu sinarmu

bagai sinar menerangi kalam malam, bau bauan yang indah pada subuh guluhmu, aku tertanya2 adakah ini dikatakan nikmat hidup setelah mati seketika kalam semalam,

indah memang indah …. takut tinggalkan dunia kerana tiada pegangan yang kukuh… habis kenapa tidak mencari pegangan itu…itu semua soalan yang agak mencabar jiwa dan minda yang bercelaru akan kenikmatan didunia … memang benar kataNya … kiri dia adalah syurgaKU kanannya adalah nerakaKU..

lalu ku berdiam termenung sendiri melihat langit yang luas ungu warna violet rasanya … bukan kerana itu biru warna blue rasanya …. sesekali imagi bertukar ganti tika itu … kesedaran mahu muncul tapi hati hitam menyukarkan ia melolos keluar …

adakah salah ku meninggalkan mu … adakah kerana merdu suara bidadari membuat ku terpaku dan menlenyapkan sinar matamu … bukan kerana merdu ku tinggalkan mu tapi sinar mu yang memaksa ku tinggalkan semuanya …

moga kau sentiasa dicucuri rahmat …. ampunkan cucumu yang hina ini moga dirimu rohmu sentiasa ditempat kan di kalangan org2 beriman …..

~amin~ 
kenangan ku bersamamu "nek" madame(27may2002) tidak pernah luntur …
aku saykamu ang kan

indah berbicara tentang kata

terkeluar kata - kata yang berisi kan dengan cara spontan dgn dipengaruhi dengan jiwa dan cara sendiri. Berkata katadengan keikhlasan memberi ketenangan kepada pendengar berkata kata dengan dusta membawa benci kepada pendengar. Pernah juga aku terfikir apa yang kita berbicara itu perkataan apa itukah yang dikenali kita sejak azali lagi. Mudahnya berbicara sambil tersenyum tanpa mengerti kepayahan dan kesengsaraan yang di alami dalam kehidupan yang sering memberi kepayahan. Apa itu juga kata kataWords much mean than anything much hurt than stabbed directly through heart, does words mean everything as we wanted it so much as we needed it so real. To cure from suffer to ease the pain. Does anyone knew and understood all the cry and scream each day by all over the planet we call it earth… even i do not know which is real which is fantasy everything seem faded away from me. Mylife seem so blur, am i really going to make it happen??. Benar juga kata kata itu hanya dadah sementara hanya sementara memberi kita lupa akan kejadian yang berlaku mungkin juga selamanya.. tapi kata kata itu tidak dapat memberi kan apa yang ku mahukan seperti dulu; kemewahan, kenikmatan, kebahagian, kepuasan tapi itu semua dulu dan jugaperkataan. Biar ia berlalu dengan menghadap segala kemungkinan dan juga penentuan yang di tentukan olehNya yang sudah ditentukan kejadiannya. Kata kata itu memang penawar dan juga racun. Untuk mencapai segala yang dikejari,kata kata juga membawa peranan. Kerana itulah yang dikatakan sebagai perkataan yang untuk kita perkatakansebagai kata kata.

refleksi kaca lunar

sekali sekala hidup hadapan kita ini benar2 menjengkelkan, setengah daripadanya hanyalah kata dusta untuk benar2 kita melarikan diri dari realiti pentas dunia ini. aku kadang2 terfikir adakah benar ini semua sedang berlaku?? adakah benar setiap pilihan aku ini bakal mengubah aliran waktu hadapan ku, setiap perubahan yang berlaku ke atas kita adalah pengaruh kita sendiri jika tidak pastinya kehidupan yang lain sebenarnya akan berlaku pada kita. aku termenung tegak dihadapan cermin melihat refleksi dari kaca depan ku ini kadang2 ilusi didepan itu bergerak akan sendirinya secara tidak kita perasan ia terjadi. jadi renungan ku telah membawaku ke alam yg luas tanpa sempadanya dengan hasil-hasilan penulisan lirik  lagu yang masih lagi terngiang2 di kepala, aku perlahan2 ingin meresap ianya tetapi tidak … ia hanyalah kaca yang memberi ilusi keindahan residensi mimpi agar aku melupakan realiti ini. selarian lunar, solar, dan satellite memberi impak kepada setiap identiti yg bernafas dimuka bumi ini. pasti ada yang keliru, kerana hidup kita juga dipengaruhi dengan kuasa ilahi melalui cosmo. hampir kesemuanya aku mengkaji dan memanglah sahnya kejiwaan dan kerohanian itu hampir telus dengan semestaraya kita ini. melankoli nya hidup ku yang terikat dengan refleksi kuasa lunar ini kadang2 ingin mengulangi masa lampau ku .. ingin saja aku menarik setiap gerakan lidah aku dengan kata2 nista. ingin saja aku merampas setiap gerak geri lumpuh ku dulu supaya memperoleh kehidupan yang lebih tulus. tapi itu semuanya hanya harapan pada lampau yang tidak mungkin untuk berpatah balik. dosa dahulu itu menjadi suluhan untuk masa mendatang. hentikanlah ia kerana DIA maha esa … Allah Huakkbar .. ~amin~


darah chenta

chenta … tiada sapa yang sebenarnya mengerti apa itu chenta? benar kadang2 rindu itu boleh membuat sesorang itu sasau dilontar dari alam nyata terhuyun hayang mencari kebenaran, mencari kepastian, mencari chenta! aku …… sendiri mengalaminya, pedih terasa hingga ke luhur hati, telus ke ruh ku, bagai kan dicarik2 sakaratul maut, hampir mati hampir hilang semangat ku. neon malam menerangi di setiap destinasi yang bakal kita tujui. tapi dalam chenta ku … aku gelap .. segelap2nya gerhana … melolos terus ke hilang tuju ku … apa kah setiap pilihan ku itu benar .. adakah setiap tunjukkan ku itu relevan … aku chenta kan dia … aku chenta kan kamu … aku chentakan chenta …. tiada apa lagi yang bisa ditonjolkan dalam pengolahan imagi ku … darah ku menitis setiap kali aku melihat kamu … ketawa mu , tangisan mu , senyuman mu … bisa buat ku mabuk dengan realiti ini … kefanaan dunia ini menjadi lebih elastik untuk aku duduki … "la ila ha ila Allah"  "la ila ha ila Allah" "la … il .. la .. ha il .. la .. Allah" mengapa perlu aku disini … mengapa perlu aku menrangkumi darahan ku ini …. mengapa tidak aku melepaskan dia … mungkin kerana aku jatuh chenta …. aku chenta kan dia …. mungkin kerana dia … aku kebal menghadapi ini … mungkin dia yang bisa buat ku lebih fleksibel .. mungkin dialah yang satu .. dia lah … aku … dia lah … kepunyaan ku …. kerana dia aku sayang … luka chenta ku … sanggupku tatah …. ku tatah .. ke alam nyata … ku janjikan dunia dan akhirat … ku janjikan chenta .. dia adalah aku …

journal chenta halimunan

setiap hari pemberian Ilahi cuba ku adaptasikan dengan ruangan yang ada, dalam jiwa, dalam minda kesemuanya aku cuba olahkan tetapi tidak siapa yang tahu. habis semua keringat ku untuk memberi rasa chenta terhadap itu ini, tapi masih lagi tiada siapa yang! mengapa perlu aku menunggu yang lain memberi hindirannya, mengapa pula harus aku mengikutinya, mengapa pula perlu aku untuk mengetahuinya? sedangkan dia bukan mahu kesemuanya ini. redha ; harungi setiap detik dalam hidup ini, harungi setiap punahan harapan yang mendatang akan aku harungi ini semua … aku lakukan bukan kerna untuk dia tahu … kerana mengetahui senang dilupakan .. aku mahu dia sedar … aku mahu dia juga merasai apa yang aku rasai … jadi aku perlu juga seperti dia, pemikirannya , perasaannya .. mesti aku menerapi dia …. kerana chenta itu luas nikmatnya … yang selalu di hadapan kita adalah eksploitasi manusia untuk perburukkan keelokan merdu harmoninya chenta … yang mereka mahu adalah ketamakan menguasai semua … tetapi tidak aku . aku mahukan keindahan ….. keindahan yang selalunya hanya imaginasi dapat menjelaskan … aku pula mahu realisasikan imaginasi itu … kerana dengan itu hidup aku pastinya bahagia … pastinya tenang … kerana ciptaan Illahi itu indah seindah ciptaannya … keajaiban lumrahnya itu sesuatu yang tidak boleh untuk makhluk sehina kita buat tafsirannya …. kerana tafsiran tanpa merasainya … umpama kata2 dusta dari mereka yang bijaksana … biarlah aku bodoh … biarlah aku diperbodohkan … kerana aku lakukan ini untuk aku menghormati dia … aku lakukan ini kerana aku manusia telus dari pandangan hakiki … kerana chenta aku terlalu agung untuk dikongsi pada semuanya … hanya pada dia aku berikan …. hanya pada dia aku serahkan … jurnal ini biasa sahaja jika mahu dibandingkan dengan realitinya … jurnal ini hanya seringan zarah-zarah udara yang bergerak momentasinya bebas … jurnal ini untuk aku … untuk aku mengenali diri ku sebenarnya … tiada batas untuk dieksploitasikan tiada batas untuk dicemuh …. kerana aku telah larut didalam dirinya …

bicara cartha magis

melorek karya budi bahasa ku,

sudah abis keringat aku mengilhamkan kelaraan ini,

terlalu banyak imagi-imagi yang pudar dalam kekalutan,

misteri ini hanya mampu menerangi jalan-jalan pudar kita,

dan tiada satu pun yang terpahat di otakku untuk memahami, merangkuli kesemuanya,

tiba-tiba tangan mu menghulur keindahan fana itu kepadaku,

dan jika bibirmu ingin perkatakan sesuatu, penjelasan kabur itu padaku,

lebih indah kau perkatakan ia kepadaku sekarang.

jikalah ini yang dikau nantikan,

dan peluang kau untuk menang itu tiba-tiba muncul,

wadah berbicara tentang ini dan bayangan ku pula jatuh di belakang ku,

aku juga nanti bisa memperoleh kemenangan itu jua.

kerana TUHAN itu seadilnya dan saksama dan aku mendengar hirisan petunjukNYA,

membuat diriku, jiwaku, hatiku, mindaku, jasad, dan ruhaniku semakin dekat denganNya … tiada siapa menyangkakan ini!

jikalah masih ada sesuatu yang mahu dikau berbicara… berbicaralah dengan ku sekarang … kerana pasti nanti suatu hari itu berlalu tanpa erti .. dan penyesalan itu adalah tanggungjawab yang tiada jawapannya.


Universal starlight

This is life that i try to make the ends meet, but none is comply, we are the slave to money, dont you try to deny it … but if you do, you will die crise de conscience. well this life… life that works on HIS mysterious ways none can resists, even i cant, i’ll take down the road that the road ive ever been down, yo know the one that takes you to the places…where all veins meet. well i never pray periodically  …. but tonight im on my knees pray with my heart .. i sang the words to HIM, i praised HIM, i adore HIM, i need to hear a sound, a touch, or even a whisper to recognised the pain in me, the sorrow that pull me down, and i let the melodious universal shine, let it cleanse my mine, let me feel free now apart from this mold … i want to change, but i cant change… i want to change… but i cant change… i am here in my mold yes i am here in my mold …. there is a million people different than me …. but i am different million people so i can take further step …. from one day to the next, but i am still in my mold. this is the next century … a new era of all changes … where the universal is free to use, to explore, to defined and to exploits. when the days they seem to fall through you, well just let it go.